Tuesday, August 9, 2011

Kelas Coklat dibuka sekarang!

As salam semua...teringin nak buat coklat utk hidangan Aidil Fitri ni? Apa kata belajar buat coklat sendiri? Dengan modal yang minimum, kit a boleh buat coklat sendiri, boleh dibawa sebagai buah tangan untuk ibu, ibu mertua or bakal ibu mertua ;).

Ya, Chintachocs menawarkan kelas membuat coklat sendiri pd harga berpatutan sempena musim raya ini. Dengan bayaran RM180 sempena raya ni (harga biasa RM 200), anda akan belajar asas pembuatan coklat serta berpeluang membawa pulang hasil air tangan sendiri. Nota lengkap juga disediakan untuk rujukan.

Kelas diadakan di Klang dan juga boleh dijalankan di rumah anda sendiri sekitar lembah klang. Diskaun bayaran akan diberikan jika anda membawa seorang lagi pelajar utk sesi pada hari & waktu yang sama.

Setiap pelajar akan belajar membuat inti (filling),membuat coklat kotak hantaran, oreo, choc truffle,lollichoc dan cluster choc.

Antara jenis coklat yg akan dipelajari adalah seperti dibawah..




Multiple design dan filling.




Choc OREO




PLAIN CHOC ( no filling)




Choc kotak hantaran





Lolli CHOC




Lagi multiple design dan filling.




Lagi multiple design dan filling...




Lagi multiple design dan filling..





Coklat hantaran alphabet





Coklat hantaran alphabet


Kelas diadakan setiap weekend kecuali 20 Ogos ni. Sempena Hari raya ni, if nk buat hari biasa boleh, tapi kena confirm awal. 21 Ogos ader kelas di Kajang, so if ader yg dkt area situ nak belajar boleh email, okay :).

SELAMAT BERPUASA !

Thursday, May 19, 2011

Selamat Hari Guru !



Hi semua..ni plak untuk Hari Guru yg baru lepas. Kenalan yg menempah 10 kotak utk anak2nya. Mixed of almond,walnut & plain. Mcm ni harganya kita bagi RM7 sekotak. Pilihan warna choc & kotak bleh adjust.





Ni plak tempahan dr my darling Auntie utk Hari Guru gak. Pack of 2 plain. Tempahan ni agak besar,dia nak 80 set. Ader gak dia tempah 3 kotak of 12 tapi x sempat nak snap. Harga yg ni RM1.60/set. Untuk yg pack 12 tu RM15.

Tq Acik...


- Posted using BlogPress from my iPad

Kenduri kesyukuran




14 May yang lalu satu kenduri kesyukuran telah diadakan di kg aruah abah. Penuh jugaklah, x jemput jiran2 pun dah penuh rumah :). Maklumlah family sebelah aruah abah mmg besar,adik beradik jer 14 org tu x termasuk menantu dan cucu2.

Untuk majlis ni saja buat a tray of chocolate 49, with variety of shape and filling. Seronok bila hasilnya dihargai, x sia-sia tenaga yang dicurahkan. Ilmu yang ditimba digunakan sepenuhnya.

Skrg ni dah mula ambik order. So if berkenan bolehlah order utk any occasion,well no need occasion pun ok gak! Mkn sendiri pun bleh jer :) . It come will byk choice and in pack of 4, 9, 12, 35 and 49. Harga ranging from RM7 to RM70, depending on ader filling k idak. Senarai harga penuh akan dikeluarkan kelak yer.

Bye for now..


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, May 18, 2011

Chocs 101



Well...to love chocolate is to know chocolate. So, mari kita berkenalan dengan si coklat ni.

Basically, ada 3 jenis coklat yang kita semi sedia maklum ; dark (aka bittersweet, semisweet choc), white and milk. Technically white choc is not a choc sebab this kind takde chocolate liquor tapi hanya cocoa butter...

Si hitam manis (dark choc) mengandungi 35% chocolate liquor dikatakan popular dikalangan orang lelaki. Milk choc on the other hand hanya ader 10% of choc liquor tadi & lebih digemari kerana rasanya yg lebih manis hasil daripada kandungan susu.


Ever wonder what kind of chocolate you are? Klik pada link di bawah.

http://www.chocolatepersonality.com/

Interesting facts for today:

Chocolate helps with depression, high blood pressure, Tumors and Pre-menstrual syndromes.

ps: patut la bila orang stress n frust suka makan coklat ;)

That's all for now.. Jumpa lg nanti...

- Posted using BlogPress from my iPad

Life is like a box of chocolates..

A famous quote from a Forrest Gump movie..bila difikirkan memang ader kebenarannya..ada yang manis, ada yang pahit, ada yang biasa2 aje and ada yang special...with chocolates it is either you love it or hate it..tak de grey area. Coklat adalah teman di kala suka & duka. Coklat, bagi pencintanya, Kaulah Segalanya..You can never go wrong with box of chocolates..

I love chocolates..well selalunya inilah teman kala stress.I always feel intrigue on how it was made especially lepas nonton cite Chocolat few years back. Finally, berjaya jugak belajar and now, dah sedia untuk mengajar he..he..Maka lahirlah ChintaChocs..

Kelahiran ChintaChocs adalah hasil pengalaman hidup pemiliknya yang penuh dengan suka & duka.Kemunculan ChintaChocs adalah dari sifat ingin tahu dan passion pemiliknya, yang sentiasa menghargai dan mendambakan keunikan (chee wah..)

Moga kehadiran ChintaChocs dapat memenuhi citarasa and keinginan di hati semua...